Saturday 23 June 2012

Kepentingan Kitar Semula

 MENGAPAKAH PENTINGNYA KITAR SEMULA?




     Jika diajukan soalan kepada masyarakat kita pada hari ini tentang apakah itu kitar semula? Pasti ramai yang mampu menjawabnya. Bagi maksud yang lebih tepat, kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. 

    Namun jika ditanya kenapakah pentingnya kitar semula? Kemungkinan pelbagai jawapan yang diterima. Dengan kitar semula, kita dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau kerana penghasilan barang baru daripada bahan mentah.

     Atas kesedaran inilah, banyak kempen berkaitan kitar semula telah dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Kitar semula merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan buangan pada zaman moden ini. Kemudian wujudlah slogan ’3R: Reduce (Kurangkan), Reuse  (Guna Semula) & Recycle (Kitar Semula)’ bagi menekankan betapa pentingnya kitar semula untuk memastikan alam sekitar kita terpelihara.

     Antara bahan buangan yang boleh dikitar semula termasuklah aluminium, plastik dan surat khabar. Aluminium merupakan bahan yang boleh dikitar semula 100%. Menurut fakta, aluminium boleh digunakan semula dalam tempoh 60 hari selepas dikitar semula. Aluminium ini juga boleh dikitar semula untuk tujuan yang sama beberapa kali. Begitulah uniknya sifat aluminium. Selain itu, aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika dibandingkan penghasilan aluminium dengan bahan yang baru. Anda boleh mengitar semula semua bahan yang diperbuat daripada aluminium, namun mulalah dengan yang mudah dahulu seperti tin minuman ringan.

     Plastik juga merupakan bahan yang penting untuk dikitar semula kerana penggunaannya meluas di Malaysia. Lebih banyak yang dikitar semula, maka berkurangan plastik yang terkumpul di tempat pembuangan sampah. Tenaga yang digunakan untuk menghasilkan plastik daripada kitar semula hanya 2/3 daripada menghasilkan plastik yang baru. 

     Bahan buangan daripada kertas juga meluas digunakan di negara ini. Contohnya seperti surat khabar, majalah dan surat. Mengitar semula bahan yang diperbuat daripada kertas ini dapat memelihara sumber (pokok), menjimatkan tenaga dan mengurangkan keluasan kawasan pelupusan sampah.

   Sebagai masyarakat yang prihatin, kita boleh mengambil inisiatif dengan membuang bahan-bahan buangan ini ke dalam tong kitar semula. Terdapat 165 syarikat kitar semula di Malaysia (www.sisa.my). Begitu juga dengan maklumat mengenai pusat pengumpulan bahan kitar semula di setiap negeri di Malaysia untuk kemudahan orang ramai.


Info Kesihatan: Kalori di dalam Makanan




Bagi mereka yang menjaga kesihatan dan juga mencari jadual pemakanan yang betul, saya sertakan untuk anda hari ini. Selepas ini, saya harapkan anda semua dapat mengawal dan mengetahui jumlah pengambilan makanan yang betul. 


TENAGA MAKANAN/KALORI
Lemak 1 gram = 9 kalori
Karbohidrat 1 gram = 4 kalori
Protein 1 gram = 4 kalori


BIJIRAN
Bil
Makanan
Kalori (kal)
Lemak(g)
1
Nasi 1 ½ cawan (200g)
260
0
2
Nasi lemak sepinggan (230g)
400
13
3
Nasi goreng telur sepinggan (330g)
635
25
4
Nasi briyani sepinggan dan ayam (490g)
880
35
5
Nasi minyak sepinggan (245g)
445
12
6
Bubur nasi ayam semagkuk (595g)
215
7
7
Mee goreng sepinggan (400g)
660
21
8
Mee sup semangkuk (560g)
380
15
9
Mee hoon goreng sayuran sepinggan (365g)
550
17
10
Lor-mai-fan semangkuk (200g)
445
9
11
Roti putih 2 keping (60g)
156
0
12
Roti canai sekeping (60g)
190
6.5
13
Capati sekeping (60g)
180
5
14
Thosai sekeping (80g)
150
2
15
Pau ayam sebiji (85g)
203
2.2
16
Cornflakes kosong secawan (40g)
160
2

BUAH-BUAHAN
Bil
Makanan
Kalori (ka)
Lemak (g)
1
Tembikai sepotong (130g)
20
0
2
Betik sepotong (120g)
45
0
3
Pisang emas 2 biji (100g)
76
0
4
Durian 5 ulas (190g)
64
1.5
5
Limau sebiji (150g)
42
0
6
Jambu batu ½ biji (120g)
55
0
7
Nenas sepotong (130g)
59
0
8
Epal sebiji (130g)
63
0
9
Ciku sebiji (65g)
44
0
10
Mangga sebiji (230g)
103
0.5

LAUK-PAUK
Bil
Makanan
Kalori (ka)
Lemak (g)
1
Ikan kembung kari berkuah (80g)
85
3
2
Ikan tenggiri goreng bercili (55g)
142
10.5
3
Ikan kembung goreng (50g)
140
7
4
Ikan senangin masam masin berkuah(100g)
210
11
5
Daging lembu masak kari berkuah(90g)
130
5
6
Ayam kari dengan kulit berkuah(125g)
250
17
7
Ayam goreng peha(120g)
255
18
8
Ayam tandoori tanpa kulit (125g)
220
15
9
Sambal udang (40g)
70
5
10
Sambal sotong (45g)
55
3
11
Telur goreng (53g)
110
5
12
Taukua goreng (100g)
110
5
13
Tau hoo kukus (100g)
70
3
14
Kacang panggang dalam tin (50g)
40
0

MINUMAN
Bil
Makanan
Kalori (ka)
Lemak (g)
1
Minuman berkarbonat (285g)
120
0
2
Minuman kotak (250g)
105
0
3
Minuman ‘O’ campur gula sesudu (5g)
20
0

SAYUR-SAYURAN
Bil
Makanan
Kalori (ka)
Lemak (g)
1
Dalca sayur (80g)
75
3
2
Sayur campur (50g)
44
4
3
Kangkong goreng belacan (50g)
60
7
4
Kacang panjang goreng (50g)
40
2
5
Timun (80g)
13
0
6
Tomato (90g)
20
0
7
Pegaga (25g)
10
0
8
Kailan goreng (50g)
50
2.5
9
Terung goreng (50g)
40
2.5

KUIH-MUIH
Bil
Makanan
Kalori (ka)
Lemak (g)
1
Kuih kasui dengan kelapa (100g)
160
1.7
2
Kuih lapis (90g)
130
1
3
Bingkai ubi kayu (100g)
220
4.5
4
Cekodok pisang (70g)
180
4.5
5
Popia goreng (50g)
130
6
6
Popia basah (50g)
95
3.5
7
Pisang goreng (65g)
170
7
8
Kek biasa (20g)
87
4
9
Karipap (40g)
130
6
10
Sandwich sardin (30g)
70
1.7
11
Bubur kacang (230g)
100
0.2

MAKANAN SEGERA
Bil
Makanan
Kalori (ka)
Lemak (g)
1
Ayam goreng (60g)
130
9
2
Nugget (20g)
60
3
3
Kentang lecek (100g)
1
90
4
Coleslow (90g)
75
3.5
5
Burger keju (155g)
425
18
6
Kentang goreng (125g)
405
22
7
Sate ayam (15g)
35
2
8
Pizza keju (100g)
240
6

HASIL TENUSU
Bil
Makanan
Kalori (ka)
Lemak (g)
1
Susu tepung penuh krim (7g)
33
2
2
Susu tepung tanpa lemak (7g)
25
0
3
Aiskrim (90g)
390
12
4
Yogurt perisa buah (150g)
130
6
5
Yogurt rendah lemak (150g)
90
0
6
Susu pekat manis (21g)
71
2.5
7
Keju cheddar (18g)
58
4
8
Mentega (10g)
75
8




 GAMBAR: MAKANAN DAN JUMLAH KALORI MAKANAN.