Sekapur Sireh

Pengetua SMKPT

Assalamulaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Salam Kepenggunaan.

       Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ALLAH SWT  kerana dengan limpah dan kurniaNya kita  dapat menghasilkan laman Blog Pengguna SMKPT pada tahun ini. Laman blog ini merupakan  salah  satu  wadah bagi ahli kelab pengguna serta warga SMKPT   untuk berkongsi  ilmu kepenggunaan serta menyuarakan pandangan mengenai permasalahan semasa yang timbul dalam skop kepenggunaan.  Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh jawatankuasa  Kelab Pengguna  SMKPT 2012  atas kejayaan serta  komitmen  dalam penghasilan laman blog pengguna ini.  Sesungguhnya  wadah terbaharu ini  menuntut kesabaran, komitmen dan kreativiti serta pengorbanan masa daripada  mereka yang terlibat dalam mendidik anak bangsa yang lebih peka serta bijak  dalam hal kepenggunaan.   Segala perancangan dan  aktiviti sepanjang tahun 2012 hanya akan  terlaksana dengan jayanya  dengan adanya usaha serta kerjasama yang utuh daripada semua warga SMKPT.  Bak kata pepatah ‘Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat’, ‘Barsatu Kita Teguh, Bercerai kita Roboh’dan ‘Bagai Aur Dengan Tebing’ semuanya saling lengkap melengkapi kerana Kita Satu Keluarga, Keluarga SMKPT. Tahniah kepada semua warga SMKPT! Semoga usaha murni kita untuk merealisasikan Visi  SMKPT  menjadi sekolah contoh menjelang 2015  mendapat keberkatan  ALLAH SWT.  
Sekian, Terima Kasih.


SEDERAP MEMACU KEGEMILANGAN PASTI TERCAPAI


PUAN ROZITA BT KAMARUDDIN
PENGETUA SMKPT

No comments:

Post a Comment