Program dan Aktiviti

1. Cabaran Interaktif Pengguna.
Program ini telah dijalankan pada 21 Mac 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Setiawangsa. Ia dalah merupakan program tahunan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Objektif program ini adalah untuk:
-Mendidik, menyebar luas dan meningkatkan kesedaran kepenggunaan dalam kalangan pelajar melalui
 pendekatan baharu yang bersepadu.
- Memantapkan pelaksanaan program atau aktiviti kepenggunaan dengan fokus utama berkaitan kepenggunaan iaitu pengurusan kewangan berhemat, pemakanan sihat dan pemeliharaan alam sekitar.
- Mengembangkan daya kreativiti, inovasi dan potensi diri pelajar khususnya dalam aspek-aspek berkaitan kepenggunaan.
- Mengukuhkan jaringan kerjasama antara komuniti Kelab Pengguna Sekolah di seluruh negara.
- Membentuk generasi pengguna yang bermaklumat, bijak dan bertanggungjawab.


2. Lawatan.
Aktiviti ini telah dijalankan pada 11 Mac 2012. Terdapat seramai 10 orang yang terlibat di dalam lawatan ini. Pelajar-pelajar tersebut telah diagihkan kepada dua kumpulan iaitu 5 orang telah membuat lawatan ke bengkel membuat kek dan 5 orang lagi membuat lawatan ke bengkel mee kuning.
  • Bengkel Membuat Kek.
- Aktiviti ini telah dijalankan di Kampung Relong, Kuala Lipis.
- Aktiviti ini dijalankan kerana kecenderungan minat ahli kelab untuk mempelajari cara-cara membuat kek. Selain itu, aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara-cara pembungkusan dan pemasaran makanan tersebut.



























  • Bengkel Mee Kuning.
- Lawatan ini telah dijalankan di Perusahaan Mee Kuning Ros Gemilang di Batu Nering, Padang Tengku.
- Melalui lawatan ini, pelajar mendapat pendedahan mengenai cara-cara pemprosesan membuat mee,
teknik-teknik pembungkusan dan teknik pemasaran mee kuning.


3. Bijak Pengguna.
Aktiviti ini telah dijalankan pada 15/6/2012 iaitu di Pasaraya Aktif dan pekan sehari di Kuala Lipis. Tujuan aktiviti ini adalah untuk meninjau harga barangan semasa. Terdapat seramai 13 orang yang terlibat dengan aktiviti ini. Nama pelajar-pelajar yang terlibat ialah Abdul Muin, Badrul Huzaini, Hazizul Akhmal, Irmawati, Karmi Athifah, Muhammad Izzat, Nurul Afini Roslin, Nurul Fahana, Nurul Hayati, Syasya Elysa, Norfatihah, Syamimie Elyani dan Norhayati. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat membuat perbandingan harga semasa barangan. Selain itu, pelajar dapat mengenalpasti perbezaan harga di antara harga barangan di pasaraya dan di pekan sehari. 
  • Pasaraya.
- Meninjau harga barangan di pasaraya aktif di Kuala Lipis. Pelajar mencatatkan harga barangan bagi
membuat perbandingan harga barangan di  pasaraya dan pekan sehari. Di antara harga barangan yang dipantau oleh pelajar ialah termasuk barangan elektrik, makanan, minuman, barangan basah
dan barangan keperluan harian.
        




















  • Pekan Sehari.
- Meninjau harga barangan di pekan sehari di bandar Kuala Lipis. Pelajar mencatatkan harga barangan bagi membuat perbandingan harga barangan di  pasaraya dan pekan sehari. Di antara harga barangan yang dipantau oleh pelajar ialah termasuk barangan elektrik, makanan, minuman, barangan basah dan barangan keperluan harian.
























4. Sudut Pengguna
Sudut pengguna Kelab Pengguna SMKPT terletak di kawasan kantin sekolah. Lokasi tersebut dipilih kerana lokasi ini menjadi tumpuan pelajar ketika waktu rehat. Dengan adanya sudut pengguna ini, pelajar bukan sahaja dapat membeli makanan tetapi mereka juga akan mendapat pelbagai informasi yang berguna. Hal ini secara tidak lansung akan dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai aspek kepenggunaan. Sudut pengguna ini telah diwujudkan dengan bantuan daripada para pelajar dan guru-guru.










GURU DAN PELAJAR MENGHIAS SUDUT PENGGUNA



BANNER KELAB PENGGUNA

SUDUT ASAS PERUNDANGAN PENGGUNA



SUDUT AKTIVITI KELAB


SUDUT PENGURUSAN KEWANGAN




SUDUT INFO PENGGUNA


SUDUT INFO SIHAT




SUDUT PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 















27 comments:

  1. niceeeeee....so inspired ;) keep it up!

    ReplyDelete
  2. wow....one of the best pada pendapat saya...tahniah...keep it up...mohon izin tiru sikit2 utk sekolah saya...baru tahun ni kelab pengguna ditubuhkan...

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana beri inspirasi untuk dibuat kat sekolah.

    ReplyDelete
  4. Kelab pengguna sekolah yg aktif!,,,tahniah!!!

    ReplyDelete
  5. Kelab pengguna sekolah yg aktif!,,,tahniah!!!

    ReplyDelete
  6. Kelab pengguna sekolah yg aktif!,,,tahniah!!!

    ReplyDelete
  7. TERBAEK..(Y)
    tiru boleh???

    ReplyDelete
  8. Tahniah! Idea yang baik....elok dpt dikongsi bersama

    ReplyDelete
  9. wow! memang best aktiviti. super like the effort and hardwork

    ReplyDelete
  10. Tahniah! Kelab pengguna yg aktif. Keep it up.

    ReplyDelete
  11. VERY ACTIVE CLUB! BRAVO TO THE TEACHERS AND MEMBERS!

    ReplyDelete
  12. nak tanya prosedur perbandingan harga kat pekan n pasaraya... cm ne korang buat ek

    ReplyDelete
  13. Wahh....memang menarik dan aktif Kelab sekolah ni..

    ReplyDelete
  14. congratulations... rajin2 cikgu dan anak-anak muridnya. kalaulah saya ada anak murid macam ni senang dan ringan kerja saya.

    ReplyDelete
  15. wah..best punya aktiviti.budak2 mesti enjoy..tahniah cgu dan murid

    ReplyDelete
  16. Nak buat kertas kerja macam mana? Mohon reply

    ReplyDelete
  17. hebat.. teruskan usaha cemerlang anda

    ReplyDelete
  18. hebat cg!!!!
    Juga sedng mencari idea aktiviti kelab ni...

    ReplyDelete
  19. Tahniah kpd Guru penasihat & Ahli Kelabnya...KEEP IT UP! PERCAMBAHAN IDEA YANG BAIK....BOLEH DI TELADANI!

    ReplyDelete
  20. tahniah kpd guru pembimbing dan murid-murid yg menjayakan aktiviti yang dirangka

    ReplyDelete
  21. tahniah kpd guru pembimbing dan murid-murid yg menjayakan aktiviti yang dirangka

    ReplyDelete
  22. TAHNIAH KEPADA GURU PEMBIMBING DAN PELAJAR YANG BEGIKUT AKTIF SERTA KREATIF

    ReplyDelete
  23. Sangat bagus dan menyeronokkan serta memberi saya idea untuk membuat aktiviti seperti ini di sekolah saya

    ReplyDelete
  24. TERBAIK...nak tiru ya.tk

    ReplyDelete