Latar Belakang

Kelab Pengguna Sekolah SMK Padang Tengku ditubuhkan pada tahun 2010. Pada peringkat awal seramai 20 orang yang menjadi ahli kelab dan kini mempunyai ahli seramai 30 orang.
   
   Encik Mohd Asri Yamin dan Ustaz Othman Bin Hussin guru pemimpin yang diamanahkan untuk membimbing kelab pengguna SMK Padang Tengku.
    
   Mulai tahun 2012, Kelab Pengguna SMK Padang Tengku menerima 2 orang guru pemimpin baru iaitu Norsuziela Binti Alias dan Nik Nurliyana Bt Nik Nordin.


Visi Kelab Pengguna SMKPT
Kelab Pengguna SMKPT akan menjadi model kelab di peringkat Daerah Kuala Lipis menjelang tahun 2015.


Misi Kelab Pengguna SMKPT
Kelab Pengguna SMK Padang Tengku bermatlamat melahirkan ahli kelab yang bijaksana dalam kepenggunaan dan berintegriti.


Objektif Kelab Pengguna SMKPT
  • Menyemai sifat-sifat pengguna yang bijak, rasional dan  peka kepada permasalahan dan isu-isu semasa.
  • Menjadi badan yang komited di dalam meningkatkan kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab sebagai pengguna.
  • Memupuk semangat berpasukan dalam kalangan ahli kelab di dalam membuat keputusan dan menyuarakan pandangan mengenai permasalahan kepenggunaan semasa terutama yang melibatkan pelajar. 
  • Meningkatkan pengalaman, kemahiran dan kepimpinan di dalam hal-hal kepenggunaan.

Motto 
Sederap Memacu Kegemilangan Pasti Tercapai

No comments:

Post a Comment