Wednesday, 20 June 2012

Perancangan Perbelanjaan Bagi Pelajar




Merancang kewangan bermula apabila seseorang itu merancang perbelanjaan harian. Hampir setiap kanak-kanak mendapat wang saku harian apabila pergi ke sekolah. Namun, tidak semua yang tahu bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut.


Berikut adalah beberapa tip yang dapat membantu pelajar dalam merancang kewangan mereka:

Rancang Perbelanjaan
- Apabila mendapat wang, rancanglah perbelanjaan. Jadikan tabiat menabung atau menyimpan sebagai satu amalan kehidupan harian. Setiap kali, menerima wang saku, rekodkan jumlah yang diterima. Rekod segala perbelanjaan yang ingin dibuat supaya dapat melihat anggaran simpanan yang boleh dibuat. Elakkan dari berbelanja melebihi peruntukan kewangan yang diperolehi. Ini adalah untuk menggelakkan defisit atau pun anda berhutang.

Berbelanja Dengan Bijak
- Berbelanjalah wang anda dengan bijak. Beli hanya barang yang diperlukan sahaja.
- J
angan meminjam wang daripada sesiapapun semata-mata kerana gagal mengawal perbelanjaan. Sebagai pelajar, elakkan daripada meminjam wang daripada rakan-rakan atau pun meminjamkan wang anda kepada rakan-rakan anda.
- Jangan berbohong kepada ibu-bapa semata-mata kerana ingin mendapatkan wang.
- Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuan ibu-bapa.


Pastikan Sentiasa Mempunyai Wang Di Tangan
- Elakkan berbelanja sehingga wang di tangan kehabisan. Ini adalah kerana wang perlu sentiasa berada di tangan untuk kegunaan pada bila-bila masa yang perlu.


Menyimpan Wang Di Tempat Yang Selamat
- Baki wang yang berada di tangan setelah berbelanja perlulah direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat. Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping dapat memberi pendapatan kepada wang yang disimpan. Minta bantuan ibu bapa atau guru-guru untuk mengetahui cara untuk membuka akaun simpanan di bank.


Melabur Wang Untuk Mendapatkan Pulangan
- Jadikan wang sebagai alat untuk menghasilkan pendapatan dan memberi hasil pulangan. Jumlah wang disimpan di bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi faedah kepada simpanan tersebut.



SENARAI HARGA MAKANAN DAN MINUMAN DI SMKPT.

Makanan
Kuetiow Goreng              = RM 1.00
Kuetiow Goreng + Telur   = RM 1.50
Kuetiow Goreng + Ayam  = RM 2.50
Mee Goreng                    = RM 1.00
Mee Goreng + Telur         = RM 1.50
Mee Goreng + Ayam       = RM 2.50
Nasi Goreng                    = RM 1.00
Nasi Goreng + Telur         = RM 1.50
Nasi Goreng + Ayam       = RM 2.50


Minuman 
Air Sejuk/ Batu               = RM 0.50


Kuih 
Donat/ Keria/ Karipap      
Popia/ Kuih Melaka
dan lain- lain.                         
(Sebiji)                         = RM 0.30
(3 Biji)                          = RM 1.00


TATACARA PEMBELIAN DI KANTIN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR.

  Di kantin sekolah, terdapat pelbagai makanan yang berkhasiat dan juga yang tidak berkhasiat. Dengan hanya RM 2.00, pelajar sebenarnya dapat membeli makanan yang berkhasiat. Di antara makanan yang berkhasiat ialah seperti nasi goreng, mee goreng dan kuetiow goreng. Makanan-makanan ini mempunyai karbohidrat. Di antara contoh makanan yang tidak berkhasiat pula adalah seperti kuih donat. Kuih ini mempunyai kandungan gula yang tinggi dan tidak sesuai untuk diambil secara berlebihan. 

   Dengan jumlah wang yang dibawa oleh pelajar sebanyak RM2.00, pelajar dapat membeli makanan yang berkhasiat seperti (kuetiow goreng, nasi goreng dan mee goreng + telur) dengan harga RM1.50. Namun jika pelajar membawa air minuman daripada rumah, maka mereka dapat menjimatkan wang sebanyak RM0.50. Baki wang tersebut boleh dijadikan tabungan untuk simpanan. 



Sunday, 17 June 2012

Perundangan

Tribunal Tuntutan Pengguna

1. Latar Belakang

1.1 Tribunal Tuntutan Pengguna adalah satu badan yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999.
1.2 Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang berbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award-award Tribunal dan sebagainya.

2. Objektif Penubuhan Tribunal.

2.1 Tribunal Tuntutan Pengguna adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Perlindungan Pengguna 1999.
2.2 Sebelum penubuhan Tribunal ini, segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa di bawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah di antara sebab-sebab mengapa pengguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawap terutamanya jika sekiranya amaun yang dituntut adalah kecil, walaupun pada masa ini sudah ada Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutan yang tidak melebihi RM5,000.00.
2.3 Memahami hakikat ini Tribunal Tuntutan Pengguna telah ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.

3. Keanggotaan Tribunal

3.1 Seksyen 86 Akta memperuntukkan bahawa Tribunal hendaklah dianggotai oleh seorang pengerusi dan seorang timbalan pengerusi (terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan) dan tidak kurang daripada 5 orang anggota Tribunal yang lain dilantik oleh Menteri.

4. Bidang Kuasa Tribunal

4.1 Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar -(a) apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti yang diperuntukkan di bawah Akta;
(b) di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00;
(c) apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
4.2 Bidang kuasa Tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian.

5. Batasan Bidang Kuasa

5.1 Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan:
(a) yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;
(b) bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah;
(c) yang mempersoalkan hakmilik-hakmilik tanah atau estet atau kepentingan mengenai tanah atau apa-apa francais; dan
(d) yang mengandungi pertikaian mengenai -
i. hak di bawah satu wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tak berwasiat;
ii. nama baik (good will);
iii. apa-apa hak dalam tindakan;
iv. rahsia perdagangan atau harta intelek lain
(e) apabila mana-mana tribunal telah ditubuhkan melalui mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu.
5.2 Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kuasa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.

6. Jenis-Jenis Tuntutan Yang Boleh Dikemukakan Ke Tribunal.

(a) Perlakuan mengelirukan dan memperdaya, representasi palsu dan amalan tak saksama, iaitu:
i. perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan dengan jenis, proses pengilangan, kesesuaian, kualiti dan kuantiti;
ii. gambaran yang mengelirukan mengenai harga;
iii. tawaran pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan niat untuk tidak mengadakannya;
iv. tuntutan-tuntutan lain mengelirukan seperti:
-selagi stok masih ada;
-barang-barang adalah terhad; dan sebagainya.
v. menerima bayaran tanpa niat untuk membekal barang atau perkhidmatan;
iv. kontrak perkhidmatan hadapan bagi perkhidmatan yang akan diadakan atas dasar berterusan.
(b) Keselamatan barang dan perkhidmatan:
i. standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa barang atau kelas barang;
ii. standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan atau kelas perkhimatan.
(c) Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang:
i. mengenai hakmilik;
ii. mengenai kualiti boleh terima;
iii. mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;
iv. bahawa barang mematuhi perihal;
v. bahawa barang mematuhi sample;
vi. mengenai harga munasabah;
vii. mengenai pembaikan dan barang ganti.
(d) Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekal perkhidmatan:
i. mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah;
ii. mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;
iii. mengenai masa siap munasabah;
iv. mengenai harga munasabah.
(e) Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalan barang-barang:
i. mengenai kualiti prestasi atau ciri-ciri barang;
ii. mengenai pemberian perkhidmatan yang diperlukan;
iii. mengenai kebolehdapatan barang yang serupa pada masa hadapan;
iv. mengenai pemulangan wang balasan sekiranya barang tidak memenuhi apa-apa akujanji oleh penggerenti.
(f) Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang:
i. mengenai kualiti yang boleh diterima;
ii. bahawa barang mematuhi;
iii. mengenai pembaikan dan barang ganti.
Untuk tujuan perenggan-perenggan di atas, perkataan 'barang' ertinya barang yang terutamanya dibeli atau digunakan bagi maksud diri, rumah tangga atau isi rumah, dan termasuklah -
(a) barang yang dipasang pada, atau digabungkan dalam, apa-apa harta tak alih atau harta alih;
(b) haiwan, termasuk ikan;
(c) vesel atau kenderaan;
(d) kemudahan; dan
(e) pokok, tumbuhan-tumbuhan dan tanaman sama ada atau tidak di atas, di bawah atau terlekat pada tanah, tetapi tidaklah termasuk hak dalam tindakan, termasuk surat cara boleh niaga, syer, debentur dan wang.
Perkataan 'pengguna' ertinya seorang yang:
(a) memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud, kegunaan atau penggunaan diri, rumah tangga dan isi rumah; dan
(b) tidak memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan itu, terutamanya maksud:
i. membekalkannya semula secara perdagangan;
ii. menggunakannya dalam perjalanan suatu proses pengilangan; atau
iii. dalam hal barang, membaiki atau mengolah, secara perdagangan, barang lain atau lekapan pada tanah.
Perkataan 'perkhidmatan' termasuklah apa-apa hak, faedah, keistimewaan atau kemudahan yang atau yang akan, diberikan atau dianugerahkan di bawah apa-apa kontrak tetapi tidaklah termasuk hak, faedah atau keistimewaan dalam bentuk pembekalan barang atau pelaksanaan kerja di bawah suatu perkhidmatan, atau apa-apa perkhidmatan yang dibekalkan atau akan dibekalkan oleh ahli profesional yang dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis (seperti doktor, peguam atau akitek) atau perkhidmatan jagaan kesihatan yang dibekalkan oleh profesional jagaan kesihatan atau kemudahan jagaan kesihatan (seperti perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, farmasi dan ambulans dan sebagainya.)

7. Tatacara Pendengaran

7.1 Apabila suatu tuntutan difailkan di Tribunal, notis pendengaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha Tribunal dalam Borang 4 yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran tuntutan kepada pihak yang menuntut dan penentang sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pendengaran.
7.2 Semasa pendengaran, pihak yang menuntut dan penentang tidak boleh diwakili oleh peguam dan hendaklah mengendalikan pendengaran secara sendiri.
7.3 Jika pihak yang menuntut seorang belum dewasa, atau seorang yang tidak berupaya, beliau boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya.
7.4 Jika pihak penentang adalah firma atau syarikat, ianya boleh diwakili oleh seorang pekerjanya yang digaji sepenuh masa.
7.5 Pendengaran tuntutan dalam Tribunal akan dijalankan di hadapan seorang anggota Tribunal (digelar sebagai 'Presiden' semasa pendengaran) yang bersidang sendirian dan beliau boleh pada bila-bila masa membantu kedua-dua pihak dalam menjalankan kes mereka.
7.6 Semasa pendengaran Tribunal hendaklah wajar membantu kedua-dua pihak untuk membuat suatu penyelesaian tuntutan itu melalui persetujuan.
7.7 Semasa pendengaran, kedua-dua pihak berhak untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kes masing-masing.
7.8 Semua pendengaran dihadapan Tribunal adalah terbuka kepada orang ramai.

8. Award Tribunal

8.1 Tribunal hendaklah, jika dapat dilaksanakan membuat awardnya dalam enam puluh hari dari hari pertama pendengaran bermula di hadapan di hadapan Tribunal.
8.2 Dalam pendengaran yang dijalankan. Tribunal boleh membuat satu daripada award yang berikut atau lebih:
(a) supaya suatu pihak kepada prosiding itu membayar wang kepada mana-mana pihak yang lain;
(b) supaya barang dibekalkan atau dibekalkan semula;
(c) supaya barang yang dibekalkan atau yang dibekalkan semula kepada pengguna diganti atau dibaiki;
(d) supaya harga atau apa-apa balasan lain yang telah dibayar dibekalkan oleh pengguna atau mana-mana orang lain dibayar balik kepada pengguna atau orang itu;
(e) supaya sesuatu pihak mematuhi gerenti;
(f) supaya wang diawardkan untuk memberikan pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh orang yang menuntut;
(g) supaya kontrak itu diubah atau diketepikan pada keseluruhan atau sebahagiannya;
(h) supaya kos (tidak melebihi RM200.00) untuk atau terhadap mana-mana pihak dibayar;
(i) supaya bunga dibayar di atas apa-apa jumlah wang atau award kewangan pada kadar tidak melebihi 8setahun;
(j) bahawa tuntutan itu ditolak.


9. Penguatkuasaan Award

9.1 Tiap-tiap penyelesaian yang dipersetujui dan direkodkan oleh Tribunal dan tiap-tiap award yang dibuat oleh Tribunal dalam sesuatu prosiding adlah muktamad dan mengikat semua pihak kepada prosiding itu.
9.2 Tiap-tiap award yang dibuat oleh Tribunal hendaklah disifatkan sebagai perintah Mahkamah Majistret dan boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana pihak kepada prosiding di Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat award diperolehi.


10. Penalti Jenayah Kerana Gagal Untuk Patuh

Mana-mana pihak yang gagal mematuhi award selepas 14 hari dari tarikh award dibuat oleh Tribunal adalah melakukan suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan bolehlah -.
(a) didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;
(b) jika kesalahan itu berterusan pesalah boleh, sebagai tambahan kepada penalti diatas, didendantidak melebihi RM1,000.00 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas sabitan.


11. Penutup

Penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna adalah bertujuan untuk memberi satu saluran atau kemudahan alternatif selain daripada Mahkamah untuk seorang pengguna mendapatkan gantirugi dan pampasan yang sewajarnya daripada seorang pembekal atau pengilang dengan prosedur yang mudah, murah dan cepat. Dengan ini diharapkan pengguna akan menggunakan perkhidmatan Tribunal Tuntutan Pengguna sepenuhnya untuk melindungi hak dan kepentingan mereka sebagai pengguna.

Tips Rancang Bajet.

Anda hendak rancang bajet ? Tetapi tidak tahu jumlah sebenar wang yang anda gunakan untuk berbelanja ? Artikel ini boleh membantu anda.


Salah satu sebab kenapa orang gagal melaksanakan bajet yang mereka rancang adalah di sebabkan mereka merancang bajet yang silap.Mereka ingat, mereka hanya berbelanja sekitar RM 700 seminggu. Namun, apabila tiba pada hari perlaksanaan, mereka sentiasa terlebih belanja di sebabkan keadaan bajet yang tidak stabil. Ada sahaja perkara yang memerlukan belanja, tetapi mereka terlepas pandang  dan terpaksa keluarkan wang yang luar dari rekod bajet.


Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda akan berbelanja kurang dari pendapatan yang anda peroleh adalah mengetahui jumlah sebenar wang yang terpaksa anda keluarkan setiap bulan berdasarkan perbelanjaan seharian anda.  Apabila anda tahu keadaan sebenar cara anda berbelanja atau habit anda berbelanja, anda dapat kurangkan yang mana perlu dan seterusnya berjimat.







Pada bulan pertama, anda simpan semua resit pembelian dan dalam masa yang sama anda catat satu diari yang berkisahkan perbelanjaan anda pada setiap hari. Dalam diari itu, anda catat semua perbelanjaan yang anda keluarkan pada setiap hari. Catatkan perkara yang anda beli dan harganya. Catatkan walaupun harganya 20 sen seperti bayaran tempat letak kereta. Walaupun nilainya kecil, anda perlu catat kerana anda boleh kurangkan pembaziran pada perkara yang tidak perlu.


Kemudian anda kenalpasti pula bayaran bil – bil utiliti seperti elektrik, air, broadband, astro dan segala keperluan anda yang lain. Tetapkan jumlah wang yang tetap bagi bayaran bil – bil ini. Katakan anda hanya mampu membayar sekitar RM 400 sebulan untuk bayaran bil, anda perlu pandai mengurangkan yang mana perlu dan yang mana tidak perlu.

Contohnya jika bayaran bil bagi elektrik adalah tinggi, anda cuba lakukan penjimatan selama sebulan. Jika anda dapati harga bil tersebut masih tinggi bermakna memang rumah anda menggunakan elektrik pada kadar kuasa yang tinggi, jadi anda jimatkan pula pada bahagian lain seperti kurangkan langgan siaran astro, tukar talian telefon pada prepaid dan rendahkan langganan kapasiti broadband.

Anda juga boleh bahagikan perbelanjaan dalam diari harian anda kepada barang dapur, utility, hutang wajib bayar seperti rumah dan kereta, hiburan, pakaian, isi rumah dan sebagainya yang anda rasa perlu. Tulis diari anda secara konsisten selama 2 hingga 3 bulan. Pada bulan pertama anda akan nampak secara kasar habit berbelanja anda dan tahu jumlah sebenar yang anda belanjakan.

Anda rancang bajet untuk bulan kedua dan laksanakan bajet anda. Pada bulan kedua anda perlu catat diari lagi untuk menilai sejauh mana anda laksanakan rancangan bajet anda. Hendak berjimat bukannya mudah kerana anda perlu ubah kebiasaan anda membazir kepada tidak membazir. Ketahui cara anda berbelanja, nescaya anda dapat cari cara hendak berjimat.

Saturday, 16 June 2012

Hak-hak Pengguna

Apakah Hak-Hak Pengguna?

  • Hak untuk mendapat keperluan asas
- Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan     
  seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, air dan   
  sanitasi.

  • Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
- Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan 
  yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.

  • Hak untuk mendapatkan maklumat
- Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka 
  membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur 
  atau mengelirukan.

  • Hak untuk membuat pilihan
- Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan 
  pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.

  • Hak untuk menyuarakan pendapat
- Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat 
  pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam 
  pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.

  • Hak untuk mendapat ganti rugi
- Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian 
  barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau  
  perkhidmatan yang tidak memuaskan.

  • Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
- Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi 
  membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, 
   serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

  • Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
- Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak 
   berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan datang.


Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seseorang Pengguna Semasa membeli Sesuatu Barang?

  • Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan  tanda perniagaan.
  • Tarikh produk dikilangkan dan tarikh luput
  • Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang.
  • Penerangan umum tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan penggunaan dan batasannya
  • Penerangan khusus tentang kandungan produk seperti senarai, nisbah dan khasiat bahan-bahan.
  • Kualiti atau keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya. (contoh: SIRIM, Suruhanjaya Tenaga).
  • Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa.
  • Maklumat khusus seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu (contoh: kanak-kanak).

Aduan Pengguna
  • Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).
  • Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima merupakan bidang kuasa Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BK) untuk menyelesaikannya.
Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:
  • Talian bebas tol
            1 - 800 - 886 - 800     

  • Portal Rasmi: