Wednesday, 20 June 2012

Perancangan Perbelanjaan Bagi Pelajar




Merancang kewangan bermula apabila seseorang itu merancang perbelanjaan harian. Hampir setiap kanak-kanak mendapat wang saku harian apabila pergi ke sekolah. Namun, tidak semua yang tahu bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut.


Berikut adalah beberapa tip yang dapat membantu pelajar dalam merancang kewangan mereka:

Rancang Perbelanjaan
- Apabila mendapat wang, rancanglah perbelanjaan. Jadikan tabiat menabung atau menyimpan sebagai satu amalan kehidupan harian. Setiap kali, menerima wang saku, rekodkan jumlah yang diterima. Rekod segala perbelanjaan yang ingin dibuat supaya dapat melihat anggaran simpanan yang boleh dibuat. Elakkan dari berbelanja melebihi peruntukan kewangan yang diperolehi. Ini adalah untuk menggelakkan defisit atau pun anda berhutang.

Berbelanja Dengan Bijak
- Berbelanjalah wang anda dengan bijak. Beli hanya barang yang diperlukan sahaja.
- J
angan meminjam wang daripada sesiapapun semata-mata kerana gagal mengawal perbelanjaan. Sebagai pelajar, elakkan daripada meminjam wang daripada rakan-rakan atau pun meminjamkan wang anda kepada rakan-rakan anda.
- Jangan berbohong kepada ibu-bapa semata-mata kerana ingin mendapatkan wang.
- Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuan ibu-bapa.


Pastikan Sentiasa Mempunyai Wang Di Tangan
- Elakkan berbelanja sehingga wang di tangan kehabisan. Ini adalah kerana wang perlu sentiasa berada di tangan untuk kegunaan pada bila-bila masa yang perlu.


Menyimpan Wang Di Tempat Yang Selamat
- Baki wang yang berada di tangan setelah berbelanja perlulah direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat. Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping dapat memberi pendapatan kepada wang yang disimpan. Minta bantuan ibu bapa atau guru-guru untuk mengetahui cara untuk membuka akaun simpanan di bank.


Melabur Wang Untuk Mendapatkan Pulangan
- Jadikan wang sebagai alat untuk menghasilkan pendapatan dan memberi hasil pulangan. Jumlah wang disimpan di bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi faedah kepada simpanan tersebut.



SENARAI HARGA MAKANAN DAN MINUMAN DI SMKPT.

Makanan
Kuetiow Goreng              = RM 1.00
Kuetiow Goreng + Telur   = RM 1.50
Kuetiow Goreng + Ayam  = RM 2.50
Mee Goreng                    = RM 1.00
Mee Goreng + Telur         = RM 1.50
Mee Goreng + Ayam       = RM 2.50
Nasi Goreng                    = RM 1.00
Nasi Goreng + Telur         = RM 1.50
Nasi Goreng + Ayam       = RM 2.50


Minuman 
Air Sejuk/ Batu               = RM 0.50


Kuih 
Donat/ Keria/ Karipap      
Popia/ Kuih Melaka
dan lain- lain.                         
(Sebiji)                         = RM 0.30
(3 Biji)                          = RM 1.00


TATACARA PEMBELIAN DI KANTIN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR.

  Di kantin sekolah, terdapat pelbagai makanan yang berkhasiat dan juga yang tidak berkhasiat. Dengan hanya RM 2.00, pelajar sebenarnya dapat membeli makanan yang berkhasiat. Di antara makanan yang berkhasiat ialah seperti nasi goreng, mee goreng dan kuetiow goreng. Makanan-makanan ini mempunyai karbohidrat. Di antara contoh makanan yang tidak berkhasiat pula adalah seperti kuih donat. Kuih ini mempunyai kandungan gula yang tinggi dan tidak sesuai untuk diambil secara berlebihan. 

   Dengan jumlah wang yang dibawa oleh pelajar sebanyak RM2.00, pelajar dapat membeli makanan yang berkhasiat seperti (kuetiow goreng, nasi goreng dan mee goreng + telur) dengan harga RM1.50. Namun jika pelajar membawa air minuman daripada rumah, maka mereka dapat menjimatkan wang sebanyak RM0.50. Baki wang tersebut boleh dijadikan tabungan untuk simpanan. 



1 comment:

  1. bagus juga...skrg saya dpt tahu lbh tntg penjimatan wang....mmg klb ini akan mlhirkn anak bangsa yg cerah masa hdpnnya...congratulations!

    ReplyDelete